Page 2 - Menara 2019
P. 2

Aluan Pengetua SMK Rantau





                  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

                  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sidang redaksi SMK Rantau

                  tahun 2019,  atas  kejayaan  menerbitkan majalah  sekolah dalam konsep  yang  baru.    SMK
                  Rantau yang kini berusia 54 tahun mencatat sejarah  buat julung kalinya apabila berjaya
                  menghasilkan E-Majalah untuk merakam segala peristiwa kenangan pahit manis sepanjang
                  sesi persekolahan tahun 2019.


                  E-Majalah SMK Rantau sudah pasti akan menjadi rujukan kepada para pelajar dan para guru
                  SMK Rantau serta bekas pelajar SMK Rantau. Naskah ini juga bakal menjadi kenangan zaman
                  persekolahan anak-anak pelajar SMK Rantau.

                    Akhir kata sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sidang redaksi
                  SMK Rantau yang telah menyahut cabaran untuk menerbitkan E-Majalah tahun 2019.


                         SMK Rantau Soaring Upwards
                         Sahsiah Utama, Akademik Pertama, Kokurikulum Terbina.

                         Sekian, terima kasih





                    (ABD HALIM BIN MD YUNUS)
   1   2   3   4   5   6   7